Tips Lengkap Konvo UiTM 2022 - Alhamdulilah, Finally Graduated!

    


    Pergh! Setelah almost tiga tahun kena tunda, akhirnya aku graduate jugak! Aku batch konvokesyen yang ke 93 yang telah ditunda sebanyak 2 kali kerana coronavirus yang melanda negara dan dunia. Sepatutnya kitorang konvo pada November 2020, tetapi dianjakkan ke Mach 2022 yang kemudiannya ditunda semula pada June 2022. Bila UiTM umumkan tarikh konvo, ada sebilangan pelajar terlepas info tersebut sebab semua dah sibuk dengan kerja dan kehidupan masing-masing. Alhamdulilah, aku dapat tahu pun daripada teman baik aku sebab aku dan dia tak pernah lagi konvo sebab masa konvo diploma dulu kitorang tak datang sebab malas dan jauh kerana perlu fly ke sarawak. hahaha. Kalau tak jadi jugak konvo degree ni, memang padan muka kami sebab degil taknak pergi convo dulu. Tapi nasib baik convo kali ini jadi huhu. Kalau tak, menangis tak berlagu lah.

    Sampai je kat UiTM Shah Alam, memori dan kenangan sepanjang waktu belajar dulu kembali segar dalam ingatan. Masa ini lah aku jumpa kawan-kawan setelah sekian lama tak bertemu. Pergi jenguk tempat belajar suatu ketika dulu, Dataran Cendiakawan, Menara Saas, DATC dan macam-macam lagi. Memori sungguh! Yep, aku dulu pelajar Ukur Bangunan di UiTM Shah Alam. Oh ya, Ukur Bangunan ada jugak di UiTM Seri Iskandar, Perak. Tetapi jumlah batch Ukur Bangunan di UiTM Seri Iskandar agak kecil berbanding Shah Alam. Ukur Bangunan ada dalam 5 kelas satu batch macam tu. Kira ramai lah jugak.

    So, perkongsian aku pada entri kali ini adalah tips konvo UiTM, terutamanya di UiTM Shah Alam. Aku cuba untuk kongsikan sebaik mungkin tips agar memudahkan korang semasa majlis konvokesyen nanti. 


1.0 Hari Sebelum Konvokesyen.

Sila layari website UiTM Konvokesyen dulu untuk pastikan nama korang tersenarai untuk sesi konvokesyen tersebut dan baca dulu arahan-arahan penting daripada pihak UiTM di link ini - Website UiTM Konvokesyen

1.1 Ambil Jubah Konvokesyen.

    Oleh kerana aku akan konvo di UiTM Shah Alam, so aku akan ambil jubah di DATC. Tapi bergantung jugak, kot kot diorang nak korang ambil di Menara Saas ke macam mana. Sila check ya. Kalau di DATC, korang ikut je papan tanda sampailah korang tiba di bilik jubah. Dia dekat tingkat 2 tak silap. Btw, korang kena pastikan bil yang tertunggak atau saman telah pun dibayar. Pastikan, korang juga sahkan kehadiran untuk datang konvokesyen itu. Borang jubah akan auto keluar bila korang sahkan kehadiran korang nanti. So, mana nak ambil jubah nanti sila bawak:

a) Graduan yang sudah menuntut skrol, sila bawa:

  • Skrol/Sijil
  • Borang jubah yang telah lengkap diisi dan ditandatangan.

b) Graduah yang belum menuntut skrol, sila bawa:

  • Resit bayaran yuran konvokesyen
  • Borang jubah yang telah lengkap diisi dan ditandatangan.


1.2 Tatacara pemakaian.

    Setiap universiti mempunyai tatacara pemakaian konvokesyen yang tersendiri. Alhamdulilah, UiTM tidaklah terlalu leceh tapi ada guideline tersendiri tapi korang boleh pilih warna pakaian yang korang nak. Aku tak beli baju baru untuk graduation kali ini sebab aku rasa macam tak berapa penting sebab nanti baju korang 90% akan tertutup dengan jubah konvo. hahaha but then again, its up to you guys. Its your graduation day anyway. Tatacara pemakaian korang boleh terus tengok dekat link youtube aku bagi ini: Etika Pemakaian Konvokesyen UiTM


1.3 Sediakan pin peniti yang banyak

    Serious benda ni real. Sediakan pin peniti yang banyak kalau jubah konvokesyen korang ada hud. Sebab nak pastikan hud tu kemas dan cantik, memang memerlukan pin peniti yang banyak. Aku ingatkan aku dah bawa pin peniti, rupanya tertinggal dekat homestay tempat aku stay. Halamak! terpaksa meraih simpati dengan kawan-kawan yang lain untuk minta pin peniti. Alhamdulilah dapat kawan-kawan yang baik, mereka bagi pin peniti tu. Thanks weh korang! So, jangan lupa beli gais! Pastikan korang beli tau sebelum pergi majlis konvokesyen.


1.4 Sling beg kecik

    Yang ini khas untuk girls. Kalau korang tak nak bawak beg yang besar, beg yang kecik pun boleh untuk disembunyikan disebalik jubah korang. Supaya senang nak letak handphone, duit dan makanan. Kalau taknak beli beg kecik pun takpa, tapi korang kena tinggalkan masa korang nak naik pentas nanti. Kalau dekat DATC selamat untuk ditinggalkan di kerusi. Kalau dewan uitm lain aku kurang pasti.


1.5 Bawa selipar

    Serious weh, kalau korang pakai heels, aku sarankan korang bawak selipar flat spare untuk memudahkan korang gerak. Especially kalau korang parking kereta dekat padang kawad uitm shah alam. pergh jauh weh, sebab korang kena masuk dari pintu belakang dan bukannya main entrance. hahaha melecet kaki pakai high heels. Naik turun tangga satu hal lagi. So bawak je lah, kalau korang rasa nak bawak. Sebab aku sumpah penat naik turun tangga hari tu dan aku end up berkaki ayam ye, sebab kaki aku dah sakit memakai heels. Lagipun, aku tak biasa jugak nak pakai heels sebenarnya. So, bila dah penat sangat tu, aku bukak terus. Nasib baik ada pakai stokin masa tu, so takdelah kotor sangat and lagi cepat aku berjalan.


2.0 Hari Kejadian

2.1 Sarapan.

    Pastikan korang isi perut dulu sebelum turun ke majlis konvokesyen. Terutamanya majlis konvokesyen sesi pagi. Makan roti gardenia ke atau apa-apa je lah sebelum korang hadir. Tapi jangan terlalu berat pulak sebab nanti nak ke tandas, satu hal pulak. Lepastu, nak bukak jubah konvo, satu hal pulak. So makan yang mencukupi je, cukup sampai tengah hari. Bawak juga gula-gula atau kudapan masa dalam dewan nanti. Oh ya, masa konvokesyen tu, aku dapat sesi pagi. Para graduan semua diminta untuk berada di dewan pada jam 7.30 pagi. Aku sampai ke DATC dalam pukul 7 pagi macam tu. Sila gerak awal supaya senang untuk dapat parking yang dekat. 


2.2 Tinggal sebentar di dalam dewan selepas majlis selesai.

    Kalau takde sesiapa yang suruh korang keluar dewan, korang bolehlah suggest rakan-rakan untuk tinggal atau stay sekejap sebelum bersurai. Ini adalah kerana, lebih mudah bergumpul bersama di dalam dewan berbanding semua keluar lepastu berpisah. Sebab, masa dekat luar tu, memang susah nak jumpa kawan-kawan. Ada yang sini, situ sinun.Haaaa. Huru hara ye gais. Sampai ada kawan-kawan yang aku tak sempat nak jumpa pun sebab dah terpisah. Ini kerana, kitorang duduk berlainan tempat lepastu tak terfikir pulak nak bagitau, nak jumpa dekat mana lepas majlis selesai. And aku pun terpisah jugak dengan mak dan adik aku. Instead of diorang pergi ke main entrance, dorang pergi ke back entrance. Hahaha penat weh aku dari main entrance pergi ke belakang. dahlah jauh.

2.3. Pemulangan Jubah dan Pengambilan Skrol 

Pemulangan jubah boleh dilakukan pada hari yang sama atau hari selepas itu. Tetapi akan ada denda bayaran lewat kalau kau tak hantar pada hari yang sama. Sehari RM2 dan denda ini bergantung dengan peraturan semasa UiTM. Masa pemulangan jubah, sila jangan lupa tiga perkara dibawah:

i) Set jubah yang lengkap

ii) Kad debit
- untuk membuat pembayaran denda lewat sebab diorang tak terima pembayaran secara tunai dan hanya menerima kad so sekali dapat resit pembayaran terus. Masa ini bolehlah korang swipe guna Apple pay korang tu. hehehe :p

iii) Borang tuntutan skrol (Link - Borang Tuntutan Skrol UiTM)
- Borang tuntutan ini perlu korang isi kalau korang minta kawan korang pulangkan jubah dan ambil tuntutan skrol. Tanpa borang ini, kawan korang hanya dapat pulangkan jubah dan TIDAK BOLEH tuntut skrol anda.
- Antara document yang perlu disertakan sekali adalah: 
Tadaaa! You are now officially UiTM Alumni! Tahniah korang finally graduate jugak. Sebak tak masa nyanyi lagu UiTM? Huhuhu. Aku pun sebak. Teringat masa mula-mula belajar dekat UiTM, lepas tu hadapi suka duka masa belajar. To be honest, aku rindu gila nak belajar. It was one of those phase yang paling aku rindu. Sampai sekarang aku masih ingat lagi. So korang, do go for your graduation tau. Regardless apa pun. Its time for you to celebrate your success, celebrate and reminisce all those memories. Sesungguhnya, semua ini akan jadi kenangan yang terindah untuk ingatan korang bila dah dewasa nanti. Aku doakan korang berjaya dalam next phase hidup korang tau. Doakan aku berjaya jugak! Amin

Tu je,

Cheerio! xoxo

p/s: doakan aku rajin upload gambar aku konvo and siapkan video graduation aku! hahaha nanti aku akan update bagi cantik sikit post ni hehe

Comments

Popular Posts