Cara Nak Pergi Airport (Klia/Klia2) dari UiTM Shah Alam

Hi!

So hari ni, aku nak tulis post yang bermanfaat sikit untuk mahasiswa mahasiswi UiTM Shah Alam yang nak tahu cara pergi ke Airport. Ni adalah beberapa alternatif yang aku selalu guna, boleh ikut kesesuaian bajet korang semua. Nanti aku akan sertakan price range untuk setiap alternatif. InshaAllah.

1. Grab direct daripada UiTM Shah Alam.
Grab sangat mudah nak dapat dekat UiTM SA. Price range daripada UiTM SA direct ke Klia/Klia2 ialah RM60-RM70. Tapi harga ni belum masuk harga tol semua. Biasanya harga tol dalam RM10 macam tu. So ready je lah. Kalau korang pergi berempat dengan bagasi, make sure book grab 6 seaters kalau tak diorang marah. Sebab hari aku aku dengan dua lagi member aku naik grab 4 seaters from Klia2 to Shah Alam kena marah. Lagipun kitorang tak tahu sebab baru buka semester baru. Nasib baik dia tak membebel teruks. Kalau tak pedih jugak telinga ni dengar.

2. Public transportation (KTM/LRT/Bas)
Selalunya kalau aku pergi sorang. Ni adalah alternatif yang aku selalu ambil which is guna public transport and grab.

a) UiTM Shah Alam - KTM Padang Jawa.
Aku tak pernah lagi naik bas ke Ktm Padang Jawa. Belum explore. Aku selalu naik Grab sebab cepat dan mudah. Biasanya price range daripada UiTM SA ke Ktm Padang Jawa dalam RM8-10 bergantung dengan tempat kau dan harga semasa grab. Biasanya grab driver akan hantar kau masuk dalam.

b) Ktm Padang Jawa - KL Sentral.
Dah sampai Ktm Padang Jawa bolehlah beli tiket ke Kl sentral. Tapi perjalanan dia kadang-kadang ambil masa yang lama. Lebih 1 jam sejujurnya. Bosan jugaklah duduk lama-lama. Ada 12 stesen semuanya termasuk Ktm Padang Jawa. Bagi wanita boleh duduk dekat koc wanita yang disediakan. Kalau dah sampai Ktm Padang Jawa masuk je dan terus duduk. Jangan pergi seberang sebab tu ktm yang pergi ke Perlabuhan Klang. Korang boleh check twitter Ktm Berhad and Ktm website untuk tahu jadual perjalanan diorang. Senang nak buat jadual perjalanan.

Harga:
Cash: RM4.40
Touch N Go: RM3.80

c) Ktm Padang Jawa-Ktm/LrtSubang Jaya-Lrt KL Sentral (Kelana Jaya Line).
Aku selalunya ambil alternatif ni. Aku suka naik train sebenarnya. Entah kenapa suka sangat train ride. Kalau stop di Subang jaya and ambil Lrt cepat sikitlah. So kalau dah keluar daripada tren ktm, naik je ke atas,  tap your card ataupun masukkan coin Ktm tu balik. dekat luar tu nanti akan nampak terus fare gate Lrt. And naik esclator then wait for the Lrt train to arrive and terus pergi KL Sentral. Ada 14 stesen termasuk stesen Subang Jaya. (Switch Ktm-Lrt/ still in the same station just Lrt dekat atas, Ktm kat bawah)

Harga KTM Padang Jawa-KTM Subang Jaya
Cash: RM 2.40
Touch N Go: RM2.10

Harga Lrt Subang Jaya - Lrt KL Sentral
Cash: RM3.90
Touch N Go: RM3.40
Consession: RM.190

So estimated total cash option untuk Ktm Padang Jawa-Ktm/Lrt Subang Jaya- Lrt KL Sentral: RM6.30 agak mahal daripada Ktm (RM4.40) tapi bagi aku berbaloi sebab cepat. Tapi ini harga untuk cash sahaja. Yang option lain kau kira sendiri okay.

*Consession card ni applicable for student, senior citizen and OKU sahaja. Murah gaklah. Aku belum buat lagi, sebab belum ada masa. InshaAllah sem ni buat. Kalau aku dah buat nanti aku letak info macam mana nak buat. Hehehe.

d) Kl Sentral-Klia1/Klia2
Kalau dah sampai dekat Kl sentral, kau turun ke bawah, guna lif or escalator. Kalau tak jumpa, cari je abang akak polis or kaunter pertanyaan. Nanti diorang akan assist kau. Sebab bas tu dekat bawah. Naik bas from Kl sentral ke airport biasanya ambik masa sejam.

Harga:
KL sentral-Klia1 = RM10
KLsentral-Klia2= RM12.

f) Kl Sentral-Klia Trasit
Ni kalau nak extremely cepat within 30 minutes macam tu lah. Guna Klia Transit ni best jugak. Aku pernah naik sekali je from Kl sentral-Klia2. Dekat Klia transit kau boleh checkin bag jugak. Malaysia airlines boleh. Airasia and Malindo aku takpasti. Oversea flight pun ada jugak. Kau boleh check sendiri lah.

Harga:
Kl sentral-Klia1/Klia2 = RM55 untuk dewasa. 
Sorry takde discount untuk student. sobs sobs. First station will be Klia1 lepastu baru Klia2. Jangan salah station and jangan hilangkan pass. Mahal tuu!

g) Klia1-Klia2 (Guna Klia Transit)
Sometimes kalau aku balik Shah Alam dengan member aku, aku akan jumpa dia di Klia 1. Kalau dekat Klia 2, Klia transit ni berdepan dengan Uniqlo kalau tak silap aku. Klia 1 pulak dekat underground. Kena naik lift yang betul nak pergi ke Klia Transit. Kejap je guna ni tak lama and memang laju. Seronok jugaklah.

Harga:
Cash: RM2
Cashless (Visa/Mastercard/etc): RM1.80.

Untuk cashless aku selalu beli dekat machine dia. Macam aku, aku guna Maybank Visa. Ikut je instruction dia, pick station, lepastu masukkan card and pin number then keluarlah pass kau. Dont lose the pass and kalau boleh insert email untuk resit for precaution step. Untuk Touch N Go aku tak pasti berapa sebab aku tak pernah guna. Korang boleh tanya.

So ini jelah alternatif yang aku selalu guna. Depends dengan budget kau semua and masa kau. Seeloknya sampailah awal dekat airport. Biasanya aku akan berada di airport 3 jam. Aku takut missed flight or ada masalah masa check in luggage. 


Any additional information aku akan update lagi kat sini. Semoga bermanfaat.

Cheerio!










Comments

Post a Comment

Popular Posts