Produk Menghilangkan Bekas Jerawat Hitam (Malaysian Products Review)

 Hai guys!

Kalini, entry aku bertajuk, macam mana nak hilangkan bekas jerawat yang meninggalkan bekas berwarna hitam. Untuk makluman, kulit aku merupakan jenis kulit normal. Kalau kalian mempunyai jerawat yang aktif dan banyak, mungkin tips ini kurang sesuai untuk kalian. Tidak ada jerawat yang terlalu banyak, tetapi jerawat aku hanya tumbuh bila aku nak period. Biasanya akan tumbuh di sekitar mulut, hidung mahupun pipi. Kalau ada jerawat tumbuh, memang petanda untuk period.

So, apa products yang aku gunakan setiap kali aku nak hilangkan bekas hitam jerawat di muka? Aku dah guna products ni since 2016. Everytime aku cuba nak hilangkan jerawat aku, aku akan beli benda ni dan pastikan benda ni sentiasa ada di rumah.


1. First step -  Aiken Pimple Cream.

Biasanya, kalau aku dah geram dengan jerawat yang menapak lama di muka, aku akan pecahkan jerawat itu. Kemudian, sapukan aiken pimple cream. Kotak je besar, tapi tube dia kecik je. Ni tak tau berapa kali dah restock since 2016 hehe. So it is a must product, kalau ada jerawat. Korang boleh beli pimple cream ni di drugstore berdekatan. Aiken Pimple Cream ini antara yang murah di drugstore. Tapi kalau kau tak nak pecahkan pecahkan jerawat, kau boleh terus letakkan pimple cream di tempat jerawat tersebut. Tapi ambil masa beberapa hari untuk jerawat tu kecut. Sebab itu, aku pecahkan terus jerawat aku. Hehehe. Kebiasannya, jerawat yang naik dimuka aku adalah jenis jerawat seperti gambar di bawah. 



2. Second Product - Freeman Charcoal + Black Sugar (Gel Mask + Scrub)

Bila jerawat sudah meninggalkan bekas hitam, maka aku akan pastikan aku menggunakan scrub muka. Scrub muka berfungsi untuk menghapuskan sel kulit mati. Freeman Charcoal antara scrub kegemaran aku dan merupakan repeated products yang aku beli. Aku pakaikan di keseluruhan muka dan tidak tertumpu pada kawasan bekas jerawat hitam sahaja. Pastikan muka kau kering semasa nak menggunakan produk ini. Letakkan scrub di muka dan biarkan selama 5-7 minit. Kemudian, gosokkan muka secara perlahan-lahan dan gosok kuat sikit di kawasan bekas jerawat. Kemudian, bilas muka dengan air. Serious, selapas bilas tu terasa nyaman muka! Terasa macam muka bebas daripada clog pores dan rasa lebih bersih. Aku recommed scrub Freeman Charcoal untuk muka yang bukan jenis sensitive atau yang mempunyai banyak jerawat. Nanti sakit kalau korang gunakan scrub tersebut pada muka. Untuk jenis muka tersebut, korang boleh gunakan chemical exfoliater. Setelah gunakan Freeman Scrub Charcoal, aku akan bersihkan muka aku lagi menggunakan pencuci muka biasa. Insha Allah korang akan nampak hasilnya nanti. 








Comments

Popular Posts