Skills yang wajib dipelajar sebagai Pelajar Ukur Bangunan.

Hello everyone!

Aku nak ceritakan skills apa yang wajib dipelajari and kalau boleh korang memang master betul-betul skills ni sebagai pelajar ukur bangunan. Bila korang dah grad, skills ni yang boleh level-up korang punya resume dan membantu korang dalam mencari pekerjaan nanti in sha Allah. Sejujurnya benda ni, takde sangat orang guide aku pun sebab aku just belajar-belajar je dan tak tahu sangat apa benda yang memang penting untuk korang belajar demi kerjaya korang nanti as a Building surveyor ataupun apa-apa pekerjaan yang related in construction industry.

1. AutoCAD




Autocad adalah software yang membolehkan korang melukis pelan 2D dan 3D. Percaya atau tak, benda ni mungkin korang tak belajar sangat masa diploma atau degree (masa waktu aku dulu lah), sebab banyak sangat benda kena belajar kan. Tetapi Autocad skills amat sebab banyak peluang pekerjaan untuk orang yang mahir membuat Autocad. Boleh buat basic drawing plans or as built plan merupakan a plus point untuk kau. Mana korang boleh belajar Autocad? Boleh belajar daripada Youtube ataupun kalau korang nak belajar and dapat sijil terus boleh daftar dengan pelatih Autocad yang bertauliah (boleh google ya, aku tak tau sangat) ataupun korang boleh download Linkedin learning, lepastu search course Autocad yang korang rasa sesuai, then belajar dekat situ. Kalau korang dah habis belajar, LinkedIn akan produce satu sijil mengatakan korang dah ikut course Autocad di Linkedin. Tetapi Linkedin learning ni hanya percuma selama 1 bulan. Selepas satu bulan, korang kena bayar RM120+/month untuk mengactivekan LinkedIn learning tersebut. So, gunakan sebaik mungkin! Selain belajar Autocad, macam-macam lagi course yang korang boleh sertai dan course ini dilatih oleh pihak professional. Cara nak download Autocad free version? Just google Autocad free version for student. Masukkan student details korang, download software and you are ready to go!

Klik Link ni ok? LinkedIn Learning & Autodesk Software for Students 


2. Microsoft Project






Microsoft Project adalah salah satu software yang mana project manager boleh menguruskan sesuatu project seperti membuat activity planning, assign resourse, menguruskan budget dan monitor progress project. Microsoft project ni akan track korang punya progress project cth schedule progress % vs work done progress %. Biasanya student Diploma in Building atau Construction Management akan focus mempelajari Microsoft Project sebab diorang kan belajar management so kena belajar dah benda ni. Manakala, student ukur bangunan tidak mempelajari benda ni sangat. Tetapi, aku syorkan korang belajar sikit-sikit benda ni. Try to explore. Its a good skills untuk korang yang mungkin suatu hari nanti akan masuk bidang construction sebagai site project manager. Memang kena mahir guna microsoft project. Again, a plus point for you!


3. Building Information Modelling (BIM)




BIM adalah software untuk design tapi berbentuk 3D, korang boleh terus estimate cost untuk membina sesuatu bangunan menggunakan BIM Software. Antara BIM software yang terkenal adalah Revit, ArchiCAD dan lain-lain. Tetapi aku hanya familiar dengan Autodesk Revit sahaja sebab masa degree dulu memang belajar software ni sahaja. Walaupun kat Malaysia ni kurang terdedah dengan penggunaan BIM Software, tapi memang ada ya peluang pekerjaan sebagai BIM Modellar ni. Basic Revit korang boleh juga cari di Youtube ataupun di LinkedIn Learning tadi. Berbanding dengan Autocad, aku lebih prefer Revit sebab Revit membolehkan aku untuk visualize sesuatu dengan lebih mudah and nampaklah berbanding dengan Autocad hehehe. And Revit juga boleh terus generate 2D drawings jugak ya.


4. SketchUp



Hampir lupa tentang software yang satu ni! Sketch up! Sketch up ni bagus untuk beginner yang nak explore explore dulu design. Ia mudah tapi tak dapat generate drawing plan (setahu aku) and dapat membuat lukisan 3D macam yang tertera kat gambar. Korang kena plot satu-satu. But it is very fun! Aku pernah design rumah yang agak tak masuk akal menggunakan sketch up. Rumah ada swimming pool kat atas bumbung. Hahaha. Lawak gaklah! Its good to know sketch up untuk play around or having rough sketches before do serious drawings. Sketchup ni pun software under Autodesk. Boleh explore ya!


5. Building inspection and surveying skills


Untuk building inspection skills, korang akan belajar melalui subject Building Pathology. Korang akan identify kerosakan bangunan, lepastu diagnos punca punca kerosakan bangunan dan buat remedy recommendation jugak untuk kerosakan tersebut. Untuk subject ni, korang akan selalu pergi site visit. Sama ada personal, group mahupun satu batch tersebut. Terpulang kepada lecturer. Antara tempat yang aku dah pernah buat site visit is rumah orang, hahaha biasalah mula-mula kena belajar bangunan yang kecik-kecik dulu. Kemudian, pergi bangunan yang besar-besar. Antara bangunan besar yang aku pernah buat building survey is Bangunan Darul Ehsan, Selangor, UTC Kuala Lumpur, UTC Negeri Sembilan. Terima kasih kepada pihak pengurusan bangunan yang aku sebut ni sebab sudi menerima kunjungan site visit daripada team aku dan sudi untuk ditemu bual. Banyak aku belajar daripada mereka. Sangat supporting dan seronok mendengar info-info yang mereka berikan. 


Okay, sampai sini je post aku untuk kali ni. Draft untuk post ni dah lama since 2021. Baru sekarang nak upload. 

Bye xoxo





Comments

Popular Posts