9 Benda penting untuk pelajar Building Surveying/Ukur Bangunan.

Assalammualaikum semua!
Apa khabar? Sihat ke tak? Aku harap semua sihat sihat belaka hendaknya. Aku perasan lately banyak sangat orang comment dekat blogpost aku bertajuk Life as pelajar ukur bangunan. Terima kasih kerana sudi membaca blogpost aku. Aku baru sedar yang dah lama aku tak post apa-apa dekat blog ni.

Oh ya! Tahniah kepada sesiapa yang dapat masuk course ukur bangunan walaupun tak tau sangat course ni tentang apa. Kalau tak tau lagi, boleh tekan je link blogpost aku tentang life as pelajar ukur bangunan. So, entry aku kali ini adalah untuk memberi info tentang benda penting kau perlu ada as pelajar ukur bangunan. List ni adalah berdasarkan pengalaman dan pengetahuan aku saja. Sesiapa yang ada info lebih, boleh drop comment down below okay? Jangan gaduh-gaduh pulak haha

Sini aku listkan 9 benda penting sebagai seorang pelajar building surveying atau pelajar ukur bangunan. 

1. Measuring tape
Measuring tape ni sangat penting bagi aku sebab apabila kau belajar course ukur bangunan, kau kena selalu ukur benda atau buat measured drawing.  Apa measured drawing? Measured drawing ni adalah aktiviti kau ukur segala benda on the existing building. Ketinggian, kelebaran, kedalaman bangunan sedia ada. 

Tapi kenapa kita tak refer plan je? Kenapa nak ukur satu-satu lak? Ini adalah kerana keadaan bangunan tersebut mungkin dah berbeza daripada masa bangunan tu dah siap. Mungkin pemilik bangunan tu dah buat renovation atau alteration kat bangunan tu. So, kenalah buat measured drawing untuk bangunan tersebut menggunakan measuring tape korang. 

Faculty ada je sediakan measuring tape, tapi kau kena tunggu lah giliran kau untuk membuat pinjaman. Memang berebut weh masa aku nak pinjam measuring tape dulu. Last-last aku decide better aku beli untuk diri sendiri je. Bagi aku benda ni good investment sebab kau nak pakai sampai habis study. Masa intern pun mungkin pakai jugak haha.

Source: https://www.reichelt.com/de/en/measuring-tape-5-m-massband-5m-p270050.html

2. Scale ruler
Scale ruler ni berfungsi untuk korang ukur kepanjangan dekat drawing dah transfer measurement at fixed ratio of length. Ok senang cerita lah kan. Kita ada map bandar, takkan lah nak ukur ikut size sebenar kan? Mestilah size dia kecik lagi. So dia akan ada ratio sendiri. Contohnya 1:50mm. Dalam drawing size dia 1mm tapi in real life size dia 50mm. Macam tu lah. Korang faham tak ni? hahaha. Dia ada pelbagai size, ada 1:100. ada 1:200. Macam-macamlah. Dua scale ruler yang aku selalu nampak orang pakai ada dua, satu yang berbentuk kipas. Satu pulak, berbentuk segitiga. 

Source: https://mysamfah.com/index.php/product/hua-jie-butterfly-fan-scale-ruler/




Source: http://mysamfah.com/index.php/product/f-c-853-tri-reduction-ruler/

Mana satu yang aku beli? Aku beli yang kipas tu sebab dia lebih banyak scale yang ada. Aku guna scale kipas ni dari aku diploma bangunan lagi. Sampai dah kerja pun still pakai lagi untuk reference semua. Manakala untuk triangle scale ruler, aku tak pernah pakai. Jadi aku tak dapat nak comment sangat. hehehe Korang boleh pilih mana yang korang nak pakai dan mengikut keperluan korang ya. 

3 & 4. Safety Boots and Safety Helmet
Seterusnya adalah safety boots and safety helmet. Kalau berkemampuan tetapi perlu pilih antara dua item ni, aku cadangkan korang beli safety boots dulu. Sejujurnya aku agak lambat beli safety boots. Masa aku intern baru aku beli safety boots. Sebelum tu aku biasa guna kasut sukan untuk pergi site visit. Tapi kalau dekat site memang diorang akan sediakan kasut site untuk students yang datang, tetapi kemungkinan untuk dapat kasut yang size besar tu adalah tinggi terutamanya perempuan atau orang yang berkaki kecik. Sebab, dekat site ni semua orang-orang dewasa weh. Aku pakai safety boots pun longgar-longgar. Dahlah besar pulak tu. So, kalau kaki korang tu cam rare sikit, bolehlah gi beli. Kalau tak silap aku, MR DIY pun ada jual kasut safety yang affordable. Korang boleh lah tengok kat sana okay. Dengan adanya kasut boots ni, kau takyah risau kalau nak terjun-terjun je pergi site ke macam mana. Kalau ada kawan yang sama size kaki and sudi bagi pinjam tu okay jugak. Jangan tak bersihkan and tak pulangkan woi! Marah member ko nanti.


Safety helmet beli yang warna putih je. Setiap colour topi site ni ada maksudnya yang tersendiri. 

5. Camera
Camera penting. Tak kisahlah kau nak pakai camera digital ke, camera telefon ke instax camera ke, janji dia camera and boleh ambik gambar dengan baik. Okay part instax tu aku gurau je tau. Camera ni bertujuan untuk ambil gambar site, ambil gambar defect

Aku nasihatkan sebelum korang gerak pergi site ke apa, tolong clearkan memory phone korang supaya korang ada memory space yang mencukupi untuk simpan gambar-gambar yang korang ambik nanti. Percayalah tips ni penting woi! Aku dah pernah kena, memory dan insufficient masa tengan ambik gambar kat site, pastu berpeluh nak buang mana satu. Bukan sikit ya nak ambik gambar terutamanya gambar defects. Boleh sampai beratus-ratus walaupun rumah setingkat je (Yelah building surveyor kan memang suka cari defect bangunan ni :p)

6. Laptop
Laptop merupakan gadget kedua untuk pelajar. Masa aku belajar dulu, bilik komputer yang ada software Revit, Autocad tu memang ada. Biasanya bilik ni digunakan untuk kelas Building Information Modelling. Aku belajar ni masa semester 3. Tetapi kalau kau takda laptop and nak guna komputer faculty untuk menyiapkan tugasan yang memerlukan software Revit atau Autocad, boleh tanya dulu dengan akak-akak dan abang-abang yang menyelia bilik komputer tu dulu ya, kot-kot diorang benarkan korang guna bilik tu. 

On the other hand, kalau kau tanya laptop apa yang recommended, aku tak boleh jawab sangat sebab aku tak power sangat tentang spec laptop ni. Boleh tanya dengan seller yang jual laptop. Tapi laptop gaming and laptop yang high graphic memang boleh support software revit and autocad. Walaupun laptop kau power, kena sabar je lah tunggu rendering. Sebab memang lama gila weh. Aku pernah tunggu berjam-jam nak render satu sheet je pon. Kalau tanya okay tak pakai macbook, aku tak tau sangat sebab aku tak guna macbook. Tapi aku pernah tengok kawan aku terpaksa beli laptop baru sebab dia sukar nak guna microsoft project. Hmm, boleh buat research dulu ya untuk apple user. 


7. Drawing board
Drawing board ni digunakan masa awal-awal semester belajar dulu. Aku pernah guna drawing board ni masa first semester sehingga third semester diploma bangunan dulu. Masa degree tak guna sangat sebab aku jump ke semester 3. Untuk Semester 1 and semester 2 Degree building surveying, aku tak pasti kalau diorang ada guna tak drawing board ni. 

Nasihat aku, better beli yang plastik sebab ringan dan mudah dibawa. Aku dulu guna board kayu weh. Yelah, masa tu tak tau apa lagi. Takde orang untuk aku refer. Dahlah berat and faculty aku jauh dari asrama masa aku diploma dulu. Sedih gaklah bawak huhu. Kalau ada kelip dekat corner drawing board tu elok jugak. Dapat digunakan untuk hold kertas korang. Drawing board ni bersaiz A3 btw. Boleh rujuk dengan senior dulu, kot-kot ada senior korang yang ada nak letgo drawing board diorang. Korang boleh dapat dengan harga lebih murah.


Yang ni siap dengan set dia lagi. Wuyo.

8. Crack width ruler
Crack width ruler ni aku tak pernah beli pon. Tapi korang boleh beli untuk memudahkan korang check berapa lebar crack tersebut semasa korang tengah buat building inspection. Dekat pembaris tu dia aka indicator berapa kelebaran crack tersebut. Yang ni korang boleh beli di shopee sebab aku memang tak pernah lagi jumpa crack width ruler ni dekat kedai tulis masa degree dulu. Ada satu kedai tulis famous dekat area Seksyen 7. Aku tak ingat dah apa nama kedai tu. Situ lah aku pergi beli barang dulu. Kedai tu besar gaklah. Pegilah jenguk-jenguk hehe rindu lak~ Tapi aku tak pasti lah kalau kedai tu ada tak jual crack width ruler ni. Benda ni ada dijual di shopee jugak. Korang boleh search nanti okay.

Crack with ruler. 

9. File with clip
Kenapa aku suggest benda ni? Senang je, supaya korang boleh nak tulis apa yang perlu. Biasanya masa tengah inspection, korang akan ada list untuk record defect tu. Kalau korang takde benda ni, macam susah sikitlah nak tulis sebab takde tempat yang solid untuk menulis. Faham ke faham? Hahaha harap korang fahamlah apa aku sembang ni okay

Okay gais, setakat ini je perkongsian aku untuk kali ni. Harap perkongsian ni sedikit sebanyak membantu korang untuk membuat preparation sebagai pelajar ukur bangunan. Tapi tak semestinya semua benda diatas korang kena ada. Ada benda korang boleh beli terus, ada benda korang boleh beli nanti-nanti pun tak apa. Try tanya dengan senior dulu jika diorang ada nak letgo barang. Inshaallah korang akan dapat lebih murah. Kadang-kadang benda ni diorang tak pakai sampai habis belajar pun. Anyway, thank you for reading. Have a great day semua. Jaga diri dan jaga jarak okay?

Cheerio!


Comments

Popular Posts