Tips Nak Dapat Dekan atau 4 Flat

Hi!

Baru dapat result semester lepas. 2 semester lagi tinggal sebelum aku habiskan pengajian ijazah sarjana muda aku. Alhamdulilah, dah 3 kali dekan berturut-turut. Perasaan sedikit sebanyak gembira tapi ada jugak rasa takut dengan expectation orang lain. So entry kali ni adalah berkenaan dengan tips dekan. Sedikit sebanyak aku berharap tips ni dapat membantu korang macam mana nak dapat dekan. 

1. Sebelum start kuliah, aku selalu bukak Pinterest, cari study motivation.
Ini dapat membantu naikkan semangat. So tengok youtube about study preparation or study organisation. Banyaklah motivation kat situ. Nanti aku aku ambik, upload several motivations yang aku suka okay. Bila kau ada motivation, kau akan lebih terdorong untuk make sure apa yang kau buat tu berjaya. Antara motivation utama aku adalah mak ayah aku yang sentiasa memberi sokongan since day 1. Aku ingat lagi saat mak ayah aku angkat bagasi, barang semua aku naik asrama. Sumpah sedih gila! Everytime aku macam down sikit, malas sikit aku cuba untuk ingat balik memori ini. Sebab memori ini selalu buat aku naik semangat sikit nak belajar. Tetiba rindu mak ayah pulaks. ihiks!

2. Planner. 
Amat penting untuk ada planner sendiri walaupun aku selalu hujung sem tu aku dah tak pakai dah planner sbb aku jujur bukan planner and pengikut planner yang bagus. hahaha. so pandai-pandailah buat perancangan macam mana okay. itu terpulang ikut masing-masing. Korang bolah je google planner or calendar, kat situ ada macam-macam design ikut mana korang suka. Kalau ada duit lebih, beli je kat kedai buku. Tapi kebiasaanya, aku print siap je kat rumah. Lagi jimat. Calendar aku selalu dapatkan kat sini: https://www.calendarlabs.com/2019-calendar-templates/malaysia-holidays/

3. Lecture plan.
Lecture plan ni amat penting dan selalunya lecturer bagi masa first class meeting. Oleh itu, janganlah anda escape kelas pada minggu pertama. Kalau boleh print dan simpan siap-siap dan simpan. Biasanya dalam lecture plan tu, diorang akan tulis topic apa yg dipelajari, assignments due dates, marks and weightage, and also reference book. Reference book list tu penting, kalau ada masa rajin-rajinlah pergi library tengok buku yang ada dalam reference list tu sebab biasanya lecture slides yg diberi is not complete. Hence, with the books kau akan lebih memahami. Get help from the librarian. Diorang ni boleh membantu korang. 

4. Nota yang mudah difahami. 
Aku bukanlah budak yg menulis nota cantik-cantik. nota aku semua buruk kecuali calculation sebab calculation kena clear dan senang nak faham. Aku selalu gabungkan nota aku dalam satu buku sebab aku takut hilang. So semua nota dalam kelas ada dlm buku tu. Adalah tidak digalakkan oleh aku untuk buat nota guna kertas kajang sebab kau mungkin hilang or salah letak nanti unless kau memang orang yg cermat and doesnt lose things easily, then go ahead. 

Untuk nota calculation, for every solution of the question, aku akan bahagikan ikut part. Lepastu aku akan namakan setiap step solution tu. Contoh;
 1. Find the area.
  2. Find the reaction.
  3. Find design load.

Ahh, kira macam tu lah. Supaya kau lebih faham.

Meanwhile, untuk nota yang memerlukan pemahaman, aku just print nota lecturer, lepas tu tambah apa yg patut. Then summarize kan everything dlm satu A4 paper. So kalau ada 9 topic, so ada 9 nota ringkas sahaja untuk dipelajari. Tapi the main nota lecture janganlah diterus diabaikan. Aku juga menggunakan teknik acronymn or teknik bercerita sebab itu akan memudahkan aku mengingat. Sebagai contoh eh, mengingati musim. Teknik bercerita ni paling lawak pernah aku belajar untuk subject Geography. Kan ada empat musim, musim bunga, panas, luruh dan sejuk.

So ceritanya begini, ada sepohon (?) bunga yg lahir di dunia (musim bunga). Bunga ni nakal so selalu je buat jahat and banyak dosa (musim panas). Suatu hari bunga ni pun terdetik hati nak bertaubat (musim luruh sbb dah slow down buat jahat). Akhirnya suatu hari bunga pun mati dan diangkat ke syurga (musim sejuk). Harap korang faham lah kaitan dia dengan musim tu. Benda ni aku belajar daripada cikgu aku okay. sampai sekarang aku ingat. 

5. Ajar kawan apa yang kau faham and ask around.
Aku baru sedar benda ni penting and salah satu teknik belajar yang effective. Kalau kau dah mahir dlm satu calculation, jangan kedekut ajar org lain. Bila kau ajar org lain, kau akan lebih faham and lebih mahir dalam menjawab soalan tu. Ringan-ringkanlah sikap suka mengajar org lain. Tapi pastikan apa yg kau ajar tu betul and kalau kau tak pasti, mintaklah ajar org yg lebih pandai. Jangan pulak memandai-mandai. hehe. Next is ask around. Aku suka tanya benda ni kat roommate aku. Tetiba masa tgh makan, aku akan tanya dia "What are the principle of conservation?" so dia akan jawab. Kalau dia tak dapat jawab, aku akan jawab. Kadang-kadang tu aku memang tak tahu pastu aku tunggu je jwpn kat dia sebab malas nak bukak buku. Bila kau selalu ask around dgn kau, otak kau akan mudah nak ingat apa yg di tanya dan apa jawapan dia. Otak kau akan lebih aktif.

6. Analayze Past Year Paper.
Try dapatkan past year paper seawal yg mungkin dan tengok mana soalan yg selalu keluar dlm final exam. Kadang-kadang soalan yg keluar mungkin kita kurang belajar dlm kelas since lecturer selalu rushing ajar. Lecturer ada sentuh tapi kurang mendalam. Hence, adalah menjadi tanggungjawab kita untuk mendalami lagi untuk soalan tu dan buat jawapan yg sesuai utk soalan tu. Nanti bila dah final, kita boleh just terus baca apa yg kita tulis. Jawapan yg kita dah prepare untuk soalan-soalan yg selalu keluar final boleh dikira sebagai cheat sheet. Rajin-rajinkan buat cheat sheet sebab dia membantu. Cheat sheet ni bagi aku adalah atas dia soalan dan bawah dia adalah jawapan. So nanti korang hafal je lah jawapan dia. Pastikan jawapan dia betul.

7. Belajar dari Youtube.
Ada certain topic yg korang boleh belajar drpd youtube. Lebih mudah dan padat. Calculation aku kurang galakkan sebab calculation ada mcm2 solution. Refer dengan lecturer sendiri okay. Aku selalu tengok youtube sbb dia ada animasi dan tak bosan. Antara benda yg aku pernah belajar melalui youtube adalah berkenaan dgn Qlassic, Green House Effect, Green Building, dan mcm-mcmlah. Try dulu search kat youtube topic yg korang belajar. Biasanya mmg ada.

8. Belajar habis-habisan.
Aku selalu belajar last minit. Aku tak belajar setiap malam. Tapi kalau nak belajar last minit, pastikan kau tahu apa yg ada dlm setiap topic supaya kau tak terkial-kial nak study last minit. Buat banyak past year paper utk subject calculation. Elakkan belajar benda baru pada minit yg terakhir especially yg memerlukan kau belajar drpd org lain agar tidak menyusahkan org lain. Belajar sehabis baik. Aku pernah belajar sampai aku tak dapat nak tido, otak aku berat sangat dgn segala jenis info sebab masa tu gap semua dekat-dekat. Naya gaklah belajar.

9. Explain apa yg kau faham dekat diri sendiri.
Try to explain yg kau faham dekat diri sendiri dlm bahasa yg kau selesa. Kalau kau asal terengganu gunalah bahasa terengganu (sebagai contoh), Dengan menggunakan bahasa daily communication kau, kau akan lebih faham and senang nak absorb apa yg kau belajar. Elakkan menghafal buta-buta tapi tak faham satu benda pun. Benda ni sangat bahaya and jgn amalkan.

10. Assignments!
Assignments, quiz, test korang buatlah sehabis baik. Jangan biarkan assignments tak hantar apa semua. Aku selalu jugaklah score bab assignments. Tapi kadang-kadang dpt groupmate mcm jilake jugaklah. Cerita sem ni, ada satu group aku ni. Aku dah prepare semua benda lah. Dari questionnaire semua, data analaysis tinggal diorang nak buat finding je lagi. Finding memang macam haram gila. Ya Allah and aku dah giveup dah nak buat sbb semua groupmate mcm haram. So aku biarkan je lah. Nasib baik dpt B-. Tapi aku kecewa lah sebab benda tu boleh dapat A tau. Tapi tulah, semua member mcm hanat nak buat mcm mana. Aku pun malaslah nak layan. Ni yg susah sikit kalau buat group assignments. So pandai-pandai koranglah pilih member utk group assignments.

Last sekali, tidak dilupakan doa, usaha dan tawakal daripada kau, sendiri dan keluarga. Doa ibubapa ni mujarab gila weh. Aku 2 sem dah tak confident dapat dekan. Bila dapat resultkan, aku bagitau lah parents aku, aku dapat dekan. Memang tak sangka-sangka. Diorang selalu ckp "Mak selalu doakan kejayaan anak mak dunia dan akhirat" Masa tu aku sedar rupanya disetiap kejayaan yg aku dapat, ada doa yg mengiringi. Terima kasih mak ayah sebab doakan kejayaan aku hari ini.

Haa, bila dah dapat dekan tu jgnlah riak sangat. Ingat, kejayaan semalam tidak akan menentukan kejayaan hari ni. Semoga entry kali ni bermanfaat dan mampu menaikkan motivasi korang utk belajar. InshaAllah.

Assalammualaikum & Cheerio!


Comments

Popular Posts